Tuesday, October 27, 2009

MEMASAK ITU SATU KEPUASAN ...


Anda suka memasak? atau anda terpaksa memasak? eerrrmmm kadang-kadang tak sume org suka memasak. Yang pasti memasak itu satu kepuasan bagi yang suka memasak dan 'cintakan masakan'. Memasak ni perlu lahir dari minat jgk, tp kalau setakat buat telur goreng tu tak perlu minat la...hehehhehehe...

Ada jgk yg mengaitkan memasak ni dgn 'air tangan' seseorang itu, dikatakan ia merupakan satu keistimewaan si tukang masak...errrmmm saya percaya perkara ni dr dulu lg...Ada yg dikurniakan bakat memasak yang memang hebat, ada yg sederhana, ada yg memang tak pandai langsung memasak. Bg saya memasak ni memerlukan minat & bakat jgk la.


Antara rancangan memasak yg mmg menarik bg saya ialah Asian Food Channel di Astro..mmg best sgt, byk ilmu memasak yg boleh kita perolehi. Kalau kita perhatikan dunia masakan byk dimonopoli oleh golongan lelaki, mereka inilah yang membuatkan dapur-dapur di hotel-hotel mewah hingga lah ke warung-warung biasa 'berasap'. Hebat golongan Adam ni. Wanitanya ke mana? Ada ...cuma tak sehebat lelaki agaknya...


Kalau bg diri saya, satu kepuasan memasak ialah apabila yang tersayang boleh makan bertambah hasil air tangan kita. Tiada yg lbh bermakna selain itu... Anda bagaimana? Jom sama-sama kita pertajamkan ilmu memasak kita. Tp tak boleh lupa dgn insan istimewa yg minat mkn Kuetiau Goreng Kerang... ermmm sape agaknya...hehehhehe






No comments:

Post a Comment