Thursday, October 29, 2009

HARUSKAH MENGALAH...

Mengalah ? Haruskah mengalah? Atau pantang untuk mengalah ? Ada masa kita harus mengalah pada satu keadaan..contohnya apa yer (jom kita renungkan)... ada org kata anak sulung ni mudah mengalah pada kemahuan adik-adiknya atau keluarganya, malah diaplikasikan juga dalam hubungan dgn kawan-kawan. Kalau dalam cinta, adakah kita harus mengalah???? Sama-sama kita fikirkan, selami hati cari cinta ....


Tuesday, October 27, 2009

MEMASAK ITU SATU KEPUASAN ...


Anda suka memasak? atau anda terpaksa memasak? eerrrmmm kadang-kadang tak sume org suka memasak. Yang pasti memasak itu satu kepuasan bagi yang suka memasak dan 'cintakan masakan'. Memasak ni perlu lahir dari minat jgk, tp kalau setakat buat telur goreng tu tak perlu minat la...hehehhehehe...

Ada jgk yg mengaitkan memasak ni dgn 'air tangan' seseorang itu, dikatakan ia merupakan satu keistimewaan si tukang masak...errrmmm saya percaya perkara ni dr dulu lg...Ada yg dikurniakan bakat memasak yang memang hebat, ada yg sederhana, ada yg memang tak pandai langsung memasak. Bg saya memasak ni memerlukan minat & bakat jgk la.


Antara rancangan memasak yg mmg menarik bg saya ialah Asian Food Channel di Astro..mmg best sgt, byk ilmu memasak yg boleh kita perolehi. Kalau kita perhatikan dunia masakan byk dimonopoli oleh golongan lelaki, mereka inilah yang membuatkan dapur-dapur di hotel-hotel mewah hingga lah ke warung-warung biasa 'berasap'. Hebat golongan Adam ni. Wanitanya ke mana? Ada ...cuma tak sehebat lelaki agaknya...


Kalau bg diri saya, satu kepuasan memasak ialah apabila yang tersayang boleh makan bertambah hasil air tangan kita. Tiada yg lbh bermakna selain itu... Anda bagaimana? Jom sama-sama kita pertajamkan ilmu memasak kita. Tp tak boleh lupa dgn insan istimewa yg minat mkn Kuetiau Goreng Kerang... ermmm sape agaknya...hehehhehe