Tarikh 25 Disember 2009 akan tetap menjadi kenangan dalam setiap warga SarawakFM, sehati sejiwa..kerana pada tarikh ini, rakan setugas kami Khalid Abdul Rahman (KAR) mninggalkan kami buat selama-lamanya, perginya Allahyarham bermakna hilangnya nama seorang juruhebah dari Jadual Tugas SARAWAKfm. Hilangnya nama Allahyarham bukan bermakna kenangan bersamanya hilang juga ,namun segalanya tentang diri Allahyarham akan tetap kami kenang sampai bila-bila.
Namun rasa kecewa tetap ada dalam diri saya kerana saya tidak berkesempatan untuk menemui Allahyarham buat kali terakhir ...mengimbas kembali lewat malam tarikh 24 Disember 2009, saya menerima sms daripada rakan-rakan setugas antaranya Azizah, AJ, Uji, Yuz, Amran & yang lain2 memaklumkan bahawa "KAR sedang kritikal di Hospital Umum Sarawak"..sebak mula terasa di hati saya ketika itu.. lantas hati kecil saya berkata "kalaulah saya di Kuching, esok pagi saya nak pegi melawatnya di Hospital Umum Sarawak.
Awal pagi 25 Disember 2009 sekitar jam 5.05 pagi telefon bimbit saya berbunyi...nama DJ Amran di skrin telefon Express Music saya...saya dah dpt mengagak apa yang Arm nak sampaikan pagi tu...dlm nada sebak Arm menyatakan "KAR baru saja pergi meninggalkan kita"
...sebak & airmata saja yg dpt menggambarkan hati saya ketika itu ... Semoga rohnya dicucuri rahmat..
P/s: Sama-samalah kita hargai insan-insan yang pernah hadir dalam hidup kita ...walau seketika dia tetap meninggalkan kenangan yang terindah, yang mungkin sukar untuk kita lupakan...
No comments:
Post a Comment