Wednesday, January 27, 2010

RELAX KE LUNDU ...

Duriannnnn...
Lina Bersedia Nak Kutip Durian...

Jenny Bergaya Dengan Durian ...


Timbunan Durian Yang Tak Terhingga...



Durian oh durian ...


Jenny, Me & Lina @Lundu

16 Januari 2010 (Sabtu)

Perjalanan ke Lundu sejauh 69km pada 16 Januari 2010 mungkin merupakan pengalaman yang baik untuk tahun 2010 bagi saya dan dua orang teman baik saya iaitu Jenny (Dj WaiFM) dan Lina (PTD yang baru berpindah tugas dari Putrajaya). Pelawaan Florence (rakan Lina) untuk bermalam di dusun buah datuknya di Lundu adalah merupakan pengalaman yang cukup manis bagi kami bertiga. Yang bestnyerrr tentulah duriiiaaannnnn yang boleh saya katakan tak terkira banyaknya & kami makan durian sampai tahap maksimum....!!!!! hehhehe bahaya ni, dah lah kat tengah-tengah hutan mana nak cari ubat kalau sakit..

Bagi saya, pengalaman ini merupakan pengalaman yang sungguh berharga, dan yang pertama dalam kehidupan saya.Mana taknya bila sampai di Lundu, kami harus melalui jalan ladang kelapa sawit selama lebih kurang 45 minit, kemudian perjalanan diteruskan lagi dengan berjalan kaki selama 15 minit (tapi saya menggunakan kudrat saya semaksimum yang mungkin,jd boleh lah sampai dalam 25 minit) huhuhuhhuhu....tapi at last saya sampai jgk kan walaupun masa tu rasa nak menangis ...tak penah jalan kaki sejauh ni,jalan dusun pulak tu...bayangkan ... ini durian punya pasal... rela walaupun kaki bengkak & kesihatan cukup tak mengizinkan masa tu..

Kami sampai di pondok datuk Florence lebih kurang jam 7.10 minit malam, gelap dah...selepas selesaikan apa yang patut kami pun makan durian sepuas-puasnya... kat tgah hutan ni, saya rasa seram jugak, tapi bila tengok member-member lain selamba jerrr... so saya pun selambakan la diri saya... aduuuhhhhh time ni la jugak saya rindu nak berSMS / bertelefon ...tapi coverage takkan ada la tgah2 hutan ni... (kesimpulannya bila sampai Kuching, saya menerima 45 SMS & 25 missed calls) ... rupanya ramai jugak yg mencari saya...

Malam 16 Januari , kami tidur di pondok durian, tapi saya masih tak dapat melelapkan mata walaupun jam dah menunjukkan jam 2.30 pagi (macam-macam yg saya pikir masa tu , macam2 bunyi jugak yg saya dengar) ...tgk yang 7 orang lagi kat sebelah saya dah enak dibuai mimpi... zzzzzzzzzzzzzzzzzz...
17 Januari 2010 (Ahad)

Seawal jam 6.00 pagi, selepas bersarapan kami meneruskan misi mengutip durian...ni saat yang paling best sebab durian yang jatuh pada pagi tu memang tak terkira banyaknya...kami kutip durian sampai matahari memancar dengan teriknya...selepas kutip durian, meneruskan pula misi memanjat manggis, langsat & cempedak ... (yg pasti Jenny adalah juara memanjat, x sangka Jenny ada bakat memanjat)hehehehe... banggaaaa...
Menjelang tengahari, proses mengangkut durian,manggis,langsat & cempedak pun dilakukan..kesiiaann saya tgk rakan-rakan yang 7 orang tu mengerah tenaga mengangkut durian ke jalan ladang kelapa sawit (kereta park di bwh pohon sawit) ...rasa bersalah pulak tak turut serta dalam kerja ni (apa nak buat saya tak berdaya nak berjalan jauh)... huhuhuhhu...sementara dorang mengangkut durian, saya plak jadi 'chef ' di dapur pondok... ada 5 lauk semuanya...
Ok, kesimpulannya dah selesai kerja mengangkut durian ke jalan ladang (3 round semuanya..) kami menikmati hidangan makan tengahari... dalam jam 3 petang kami memulakan perjalanan balik ... d saat ni saya dah mula risau boleh ke saya nak menempuh perjalanan balik dengan 25 minit berjalan kaki ke jalan ladang sawit tambahan lagi hujan renyai2, jalan licin (mcm mula2 datang aritu)...huhuhhhuuu..sampai jgk akhirnya di jalan ladang sawit.
Wwwoooooo penuh kereta Gen-2 Lina, dengan buah durian , manggis, langsat & cempedak ...dalam jam 8 malam, kami selamat sampai di bandaraya Kuching.

Wednesday, January 13, 2010

ROTI OH ROTI ...

ROTI BOOM CHEESE

ROTI CANAI CHEESE
Errrmmm yang mana satu pilihan anda? Roti boom cheese atau roti canai cheese?Bagi penggemar roti semuanya sedappppp...kalau nak tempahlah ngan saya...hehehehehe yang pasti adunan yang lembut & hasil yang rangup pasti mampu 'menangkap' selera anda! Joooommmm...





Saturday, January 9, 2010

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ...

Tarikh 25 Disember 2009 akan tetap menjadi kenangan dalam setiap warga SarawakFM, sehati sejiwa..kerana pada tarikh ini, rakan setugas kami Khalid Abdul Rahman (KAR) mninggalkan kami buat selama-lamanya, perginya Allahyarham bermakna hilangnya nama seorang juruhebah dari Jadual Tugas SARAWAKfm. Hilangnya nama Allahyarham bukan bermakna kenangan bersamanya hilang juga ,namun segalanya tentang diri Allahyarham akan tetap kami kenang sampai bila-bila.
Namun rasa kecewa tetap ada dalam diri saya kerana saya tidak berkesempatan untuk menemui Allahyarham buat kali terakhir ...mengimbas kembali lewat malam tarikh 24 Disember 2009, saya menerima sms daripada rakan-rakan setugas antaranya Azizah, AJ, Uji, Yuz, Amran & yang lain2 memaklumkan bahawa "KAR sedang kritikal di Hospital Umum Sarawak"..sebak mula terasa di hati saya ketika itu.. lantas hati kecil saya berkata "kalaulah saya di Kuching, esok pagi saya nak pegi melawatnya di Hospital Umum Sarawak.
Awal pagi 25 Disember 2009 sekitar jam 5.05 pagi telefon bimbit saya berbunyi...nama DJ Amran di skrin telefon Express Music saya...saya dah dpt mengagak apa yang Arm nak sampaikan pagi tu...dlm nada sebak Arm menyatakan "KAR baru saja pergi meninggalkan kita"
...sebak & airmata saja yg dpt menggambarkan hati saya ketika itu ... Semoga rohnya dicucuri rahmat..
P/s: Sama-samalah kita hargai insan-insan yang pernah hadir dalam hidup kita ...walau seketika dia tetap meninggalkan kenangan yang terindah, yang mungkin sukar untuk kita lupakan...

YANG PERGI ...TETAP PERGI...

Penyampai Radio Sarawak FM Meninggal Dunia
(Petikan Akhbar mStar Online : Siaran 25 Disember 2009)


KUCHING: Penyampai radio Sarawak FM Khalid Abdul Rahman, 51, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang di Hospital Umum Sarawak (HUS) awal pagi ini.
Allahyarham yang meninggalkan seorang isteri, Salhah Basri dan lima cahaya mata telah berkhidmat selama 24 tahun dalam bidang penyiaran bermula di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman dan kemudiannya di RTM Kuching.
Semasa hayatnya, Allahyarham juga aktif dalam bidang seni pementasan teater. Antara yang memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham di kediamannya di Taman Indah Bandar Baru Semariang ialah Pengurus Sarawak FM, Hashim Lazim serta pegawai dan warga RTM Kuching.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang selepas solat Jumaat. - BERNAMA

Thursday, January 7, 2010

PELANGI PETANG ...

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...( ulang dari korus )